fbpx

Hujan lebat, ribut petir melanda Perlis dan Perak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat berlaku di Perlis dan Perak pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk turut berlaku melibatkan beberapa tempat kawasan pantai di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Sarawak, hujan hanya berlaku di dua tempat iaitu Bintulu dan Miri.

“Bagi cuaca sebelah petang pula, kebanyakan tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan akan mengalami hujan lebat dan ribut petir.

“Selain itu, cuaca buruk yang sama juga melanda beberapa tempat di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Melaka dan Johor.

“Turut terkesan di beberapa kawasan pedalaman melibatkan Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu,” MetMalaysia dalam kenyataannya.

Dalam pada itu, kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah turut mengalami ribut petir pada petang nanti.

Sementara itu, di Sarawak, hujan juga dijangka melanda beberapa tempat melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI