fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa sembilan negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di sembilan negeri sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu tertumpu di Pantai Barat, Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu langat dan Sepang) dan Melaka.

“Cuaca buruk itu turut melanda beberapa tempat melibatkan Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak.

“Selain itu, kebanyakan kawasan di Pantai Timur pula melibatkan Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan serta Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Cuaca yang sama turut terkesan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin),” katanya.

Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir juga berlaku di Daerah Selatan melibatkan negeri Johor serta Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan.

Sementara itu, di Malaysia Timur pula, hujan lebat berserta ribut petir dilaporkan hanya berlaku di kawasan Pantai Barat di Sabah yang dijangka berterusan sehingga pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI