fbpx

Euro 2024: Kumpulan ‘maut’ bakar semangat Albania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJELANG aksi Euro 2024, Albania meletakkan harapan cukup tinggi pada penampilan kedua mereka di pentas berprestij dunia itu apabila dijangka menurunkan gabungan pemain senior dan bakat muda.

Gabungan pemain sensasi Lazio, Elseid Hysaj dan ditambah dengan gabungan pemain Chelsea, Armando Broja serta pemain tengah Inter Milan, Kristjan Asllani bakal menjadikan pasukan Albania antara pasukan yang harus digeruni.

Biarpun diundi dalam kumpulan maut bersama Sepanyol, Croatia dan juga juara bertahan Itali, skuad kendalian Sylvinho melontarkan keyakinan bahawa barisan pemain yang bakal dibawanya adalah yang terbaik dan tekad membuat kejutan.

Sylvinho menegaskan bahawa pasukan kendaliannya itu tidak berada dalam tekanan menuju ke Kejohanan Eropah sebaliknya akan turut dengan misi juara biarpun berada dalam pasukan sukar.

“Kami dalam tekanan? Semestinya tidak kerana dalam dunia bola sepak, setiap perlawanan adalah satu keajaiban. Semua boleh berlaku dan banyak perkara akan berlaku. Kami harus pergi ke sana dan bermain serta memperbaiki diri pada setiap perlawanan.

“Kami tahu kekuatan lawan kami. Mereka bukan bermain untuk melepasi kumpulan tetapi untuk memenangi Kejohanan Eropah. Apapun, kami akan pergi ke sana untuk menunjukkan kepercayaan kami antara satu sama lain dan turun dengan semangat pasukan.

“Itulah yang harus kami tunjukkan di pentas Eropah ini. Jadi, tekanan adalah perkara kedua buat kami dan bersiap sedia untuk menghadapi peringkat kumpulan terlebih dahulu,” katanya.

Albania mara ke pusingan akhir Euro 2024 menerusi keputusan kempen kelayakan yang begitu meyakinkan apabila menduduki tangga teratas buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu.

Mereka berjaya menamatkan saingan di atas Republik Czech dan memaksa Poland meraih tiket ke saingan utama menerusi perlawanan playoff.

Albania akan memulakan kempen Euro 2024 di Jerman dengan menentang juara bertahan Itali pada 15 Jun, diikuti oleh Croatia pada 19 Jun kemudian menentang juara tiga kali dari Sepanyol pada 24 Jun.

INFO

NAMA PASUKAN : Albania
JURULATIH : Sylvinho
GELARAN : Kuqezinjte
PENCAPAIAN : Peringkat Kumpulan (2016)
RANGKING : No. 66 dunia
KUMPULAN : Kumpulan B – Sepanyol, Itali dan Croatia

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL

Etrit Berisha (Empoli)
Thomas Strakosha (Brentford)
Elhan Kastrati (Cittadella)
Simon Simoni (Eintracht Frankfurt)

PERTAHANAN

Berat Gjimshiti (Atalanta)
Elseid Hysaj (Lazio)
Ivan Balliu (Rayo Vallecano)
Ardian Ismajli (Empoli)
Arlind Ajeti (CFR Cluj)
Naser Aliji (Voluntari)
Mario Mitaj (Lokomotiv Moscow)
Enea Mihaj (Famalicão)
Marash Kumbulla (Sassuolo)

TENGAH

Amir Abrashi (Grasshoppers)
Kristjan Asllani (Inter Milan)
Nedim Bajrami (Sassuolo)
Medon Berisha (Lecce)
Klaus Gjasula (Darmstadt 98)
Qazim Laçi (Sparta Prague)
Ernest Muçi (Beşiktaş)
Ylber Ramadani (Lecce)

PENYERANG
Jasir Asani (Gwangju FC)
Armando Broja (Fulham)
Mirlind Daku (Rubin Kazan)
Arbër Hoxha (Dinamo Zagreb)
Rey Manaj (Sivasspor)
Taulant Seferi (Baniyas)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI