fbpx

Budak gaduh di padang bola kes terpencil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ketika aksi perlawanan bola sepak bawah 8 tahun di padang Arena Kopa, USM, Sabtu lalu.

GEORGE TOWN – Pihak pengurusan Kumpulan Kopa menyifatkan kejadian pergaduhan melibatkan seorang kanak-kanak yang beraksi ala pelakon filem ‘Karate Kid’ pada kejohanan bola sepak Junior X, Sabtu lalu sebagai kes terpencil.

Pengarah Urusannya, Nik Mohd. Iqbal Nik Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan pasukan kelab persendirian itu baru pertama kali menyertai pertandingan sedemikian di Padang Kopa Arena, Universiti Sains Malaysia (USM).

“Ini adalah kes terpencil dan lebih kepada pendedahan pertama buat peserta. Pihak kami sudah menyediakan garis panduan sebelum dan semasa pertandingan. Harap kejadian sama tidak berlaku lagi,” katanya di sini, hari ini.

Beritahu Iqbal, pihaknya ada memaklumkan kepada semua kelab bola sepak yang beraksi supaya menitikberatkan disiplin dalam perlawanan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kejadian tular melibatkan pergaduhan seorang peserta kanak-kanak dan pemain pasukan lawan ketika perlawanan bola sepak di Padang Kopa Arena, kelmarin.

Aksi kanak-kanak berusia lapan tahun itu telah mendapat kecaman daripada pengguna media sosial termasuk menyifatkannya sebagai panas baran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI