fbpx

Beruang matahari buat onar akhirnya ke ‘dalam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor beruang matahari jantan memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah semalam. - IHSAN PERHILITAN

TANAH MERAH – Seekor beruang matahari yang memusnahkan hasil pertanian dan harta benda penduduk di Kampung Air Asahan Hulu di sini, sejak minggu lalu akhirnya memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, beruang matahari jantan itu berjaya ditahan selepas seekor beruang betina memasuki perangkap yang dipasang di kawasan kampung tersebut pada 28 Mei lalu.

Menurutnya, perangkap itu dipasang selepas pihaknya menerima aduan kehadiran beruang matahari daripada penduduk di kampung berkenaan.

“Haiwan itu merupakan beruang matahari kedua yang ditangkap di kampung yang sama selepas seekor beruang betina memasuki perangkap pada Selasa minggu lalu.

“Penangkapan beruang itu sedikit sebanyak akan melegakan penduduk setempat. Ia juga dapat mengelakkan kerugian berterusan yang dialami penduduk akibat kemusnahan hasil pertanian dan harta benda,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, operasi pemindahan dan pelepasan semula beruang ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dilakukan dalam masa terdekat oleh kakitangan Pejabat Perhilitan Daerah Jeli.

Menurutnya, tangkapan dan pemindahan beruang yang mengganggu penduduk bukan penyelesaian jangka panjang kerana kawasan berkenaan terletak berhampiran Hutan Simpan Air Satan yang merupakan habitat asal haiwan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI