fbpx

Aliran trafik sibuk menghala keluar Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik di Jalan Gua Musang-Kuala Krai menuju ke bandar Gua Musang perlahan ekoran pertambahan kenderaan sejak pagi tadi. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Aliran trafik menghala ke bandar Gua Musang hari ini sibuk dengan kenderaan apabila perantau dilihat mula bergerak pulang ke ibu negara selepas tamat cuti penggal pertama sekolah.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kenderaan semakin bertambah di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis sehingga menyebabkan aliran trafik perlahan di lampu isyarat bandar Gua Musang termasuk di kawasan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU).

Seorang pengguna jalan raya, Siti Nur Aisyah Manaf, 37, berkata, aliran trafik perlahan di beberapa kawasan dari Kuala Krai menuju ke Gua Musang, namun keadaan masih terkawal.

Katanya, rata-rata kenderaan menuju ke Kuala Lumpur selepas pulang ke kampung halaman untuk bercuti dan menghadiri kenduri perkahwinan sempena cuti sekolah.

“Saya bertolak dari Kuala Krai pada pukul 11 pagi tadi dan tiba di bandar ini pukul 2 petang ini.

“Saya sempat berhenti berehat di Hentian Rehat Dan Rawat Rantau Manis di sini dan mendapati kawasan itu penuh dengan banyak kenderaan,” katanya.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd. Rahman Rashid, 43, berkata, kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi lancar.

Katanya, dia dan keluarga memilih untuk bertolak hari ini sempena cuti umum sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim dan esok anak mereka sudah mula bersekolah.

“Saya jangka bilangan akan semakin bertambah keluar dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI