fbpx

Zahirah Macwilson selamat lahirkan Inara Raisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahirah Macwilson selamat melahirkan cahaya mata kedua di Perth, Australia pada Jumaat lalu pada kira-kira pukul 8.58 malam.

PETALING JAYA – Pelakon Zahirah Macwilson selamat melahirkan cahaya mata kedua di Perth, Australia pada Jumaat lalu pada kira-kira pukul 8.58 malam.

Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan wajah bayi perempuannya yang diberi nama Inara Raisa.

“Alhamdulillah, keluarga kami lengkap dengan empat orang.

“Raikan puteri kami, Inara Raisa yang dilahirkan pada Jumaat lalu 31 Mei pada pukul 8.58 malam.

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza turut mendoakan kesejahteraan bayi perempuannya.

“Terima kasih semua atas doa dan ucapan. Kami sangat bersyukur.

“Semoga Allah S.W.T melindungi dan limpahkan awak dengan keberkatan, Inara,” ujarnya.

Sebelum ini, Aiman, 35, berkongsi gambar janin selepas isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi menandakan mereka bakal menyambut zuriat kedua.

Mereka juga mengumumkan jantina anak kedua dalam sebuah majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka April lalu.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 itu mempunyai seorang putera iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI