fbpx

‘Yang tak merokok, jangan memandai nak cuba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly turut berlari pada WNTD SEGARUN bersempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 di Dataran DBKL, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 notis kesalahan penjualan rokok kepada orang belum dewasa (OBD) telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 notis dikeluarkan pada tahun lalu, manakala dua lagi notis pada tahun ini.

Menurutnya, sehubungan itu beliau meminta semua pihak bersama-sama dalam membanteras budaya merokok termasuk rokok elektronik dan vape terutama seawal kanak-kanak dan remaja.

“Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 baru-baru ini mendapati peratusan merokok dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun menurun daripada 13.8 peratus (2017) hingga 6.2 peratus (2022).

“Malangnya penggunaan rokok elektronik atau vape meningkat 98 peratus (2017) kepada 14.9 peratus (2022).

“Ini mustahak atau ‘wake-up call’ yang mana rokok menurun, tapi vape naik,” katanya pada Karnival World No Tobacco Day (WNTD SEGARUN) bersempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Beliau berkata, faktor tarikan antara punca kanak-kanak dan remaja tertarik kepada rokok elektronik atau vape selain promosi berleluasa tanpa kawalan di media sosial.

“Saya tekankan segera pelaksanaan kawalan dan sebagainya. Justeru Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) telah diwartakan pada Februari lalu,” katanya.

Dzulkefly berkata, bagaimanapun, perintah pelaksanaan Akta 852 itu belum dilaksanakan serta dijangka dibuat pada tahun ini.

“Justeru bagi yang tidak merokok, jangan mulakan. Bagi yang merokok pula, dapatkan perkhidmatan di fasiliti KKM dan sebagainya bagi menghentikan tabiat tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI