fbpx

Warga emas hilang di Bahau, jumpa di Penang Sentral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas berkenaan ditemukan dalam keadaan terpinga-pinga tanpa tujuan sebelum pihak polis meminta nombor telefon yang boleh dihubungi. -IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang warga emas yang hilang dari rumahnya di Taman Desa Puteri, di Bahau, kelmarin ditemui lebih 400 kilometer apabila ditemui di Penang Sentral Butterworth pada pukul 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pesara tentera berusia 90 tahun itu ditemui anggota polis bantuan yang sedang bertugas di terminal pengangkutan berkenaan.

Menurutnya, ketika ditemui warga emas berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga tanpa tujuan sebelum pihak polis meminta nombor telefon yang boleh dihubungi.

“Polis bantuan kemudian menghubungi waris warga emas iaitu menantunya yang sebelum ini membuat laporan mengenai kehilangan bapa mentuanya dan mengesahkan itu adalah bapa mentuanya.

“Warga emas itu kemudian diserahkan kepada Balai Polis Butterworth untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Chang Hook lagi, Ketua Pejabat Kaunter Aduan Balai Polis Butterworth diminta untuk menjaga warga emas berkenaan sementara menunggu waris datang mengambil warga emas tersebut dengan kadar segera.

Chang Hook berkata, menantunya turut memaklumkan bapa mentuanya itu kerap berhalusinasi dan memberitahu ada seseorang berbisik supaya dia pergi ke Pulau Pinang atau Alor Gajah, Melaka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI