fbpx

Tiada tangkapan lain selain ibu bapa Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

SETIU – Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berhubung penahanan ibu bapa kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh, Disember tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas menahan reman ibu bapa mangsa sehingga 7 Jun.

“Tempoh reman tujuh hari masih berjalan, jadi bagi ruang pihak polis menyiasat terlebih dahulu.

“Setakat ini tangkapan hanya dua orang sahaja iaitu ibu bapa mangsa, tiada tangkapan lain,” katanya  kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara Sempena Hari Polis Ke-217 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan penahanan ibu bapa Zayn Rayyan di Puncak Alam, Selangor, yang disahkan berkaitan pembunuhan kanak-kanak malang berkenaan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI