fbpx

Telekung premium Siti Khadijah, Buttornscarves buka ruang hasil inovasi baharu masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Padzilah (dua dari kiri) dan Linda (dua dari kanan) pada majlis kerjasama dan pelancaran telekung terbaharu di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Projek kerjasama antara jenama telekung tempatan terkenal, Siti Khadijah dengan jenama dari Indonesia, Buttonscarves mengunjurkan lebih 5,000 helai telekung istimewa bakal dijual dalam tempoh tiga bulan daripada mula dilancarkan minggu lepas.

Pengasas Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman berkata, ini adalah kerjasama pertama dan terbesar yang dilaksanakannya bagi memberi nilai tambah kepada jenama keluaran utamanya  bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi di negara jiran itu.

Menurut beliau, ini adalah titik mula bagi syarikat untuk melaksanakan projek seumpama itu dengan syarikat lain manakala dengan Buttonscarves memberi peluang kepada pihaknya untuk menjayakan bagi produk atau segmen lain pula masa depan.

“Perbincangan tentang kerjasama tersebut telah berlangsung lebih setahun dengan melibatkan beberapa kali proses pembuatan semula ‘re do” yang mana kami mengambil berat tentang segala aspek termasuk nilai berat lace yang akan digunakan bagi memastikan kami menghasilkan satu produk telekung berkualiti tinggi.

“Fabrik telekung ini menggunakan ultra fine yang sangat lembut dan memberi keselesaan kepada si pemakai malah dilengkapkan lagi dengan lace bermotifkan logo Buttonscarves selain memiliki renda yang sangat cantik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran telekung terbaharu hasil kerjasama dua jenama popular tersebut di outlet Buttonscarves di sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Selain itu, Pengasas dan Pengarah Kreatif Buttonscarves, Linda Anggrea menerangkan, hasil kerjasama tersebut, telekung premium itu ditawarkan dengan empat warna menarik  iaitu putih, hijau muda, merah jambu dan juga hitam.

“Ini adalah stok terhad yang boleh didapati di outlet Siti Khadijah dan Buttonscarves di Malaysia dan juga di Indonesia.

“Jika permintaan yang diterima sangat menggalakkan, mungkin kami akan membuat inovasi lain untuk perluaskan kepada produk lain pada masa depan.

“Pelanggan kami memiliki persamaan termasuk untuk semua wanita untuk bersolat, jadi kami keluarkan produk yang akan digunakan oleh semua orang tapi kami memberi nilai tambah dalam produk tersebut agar ia lebih unik, berkualiti dan memberi keselesaan kepada si pemakainya,” jelasnya.

Produk telekung tersebut ditawarkan pada harga RM468 sehelai yang disertakan dengan beg pouch dan kotak eksklusif. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI