ARAU – Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2024 dijangka lebih meriah sekiranya lebih banyak kemudahan asas disediakan khususnya untuk peminat motosikal berkuasa tinggi.
Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kemudahan asas tersebut mampu menarik lebih ramai penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk singgah di negeri itu sempena TMPs 2024-2025.
“Cukup ramai penunggang dari Malaysia dan Singapura menghala ke Thailand secara santai dan begitu juga keadaan sebaliknya setiap minggu.
“Antara kemudahan asas yang diperlukan adalah tempat parkir yang selamat, mekanik berkeupayaan yang menerima pelanggan 24 jam selain memiliki stok alat ganti asas yang mencukupi dan sebagainya,” titah baginda selepas berkenan berangkat menerima kunjungan delegasi pemilik motosikal berkuasa tinggi dari ibu negara di pekarangan Dataran Istiadat Istana Arau. – KOSMO! ONLINE