fbpx

Serik hadap sesak 14 jam KL ke Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan lalu lintas di tanah tinggi, Cameron Highlands yang tiada kesudahan.

PETALING JAYA – Kesesakan lalu lintas di lokasi peranginan Cameron Highlands sememangnya tidak dapat dinafikan terutamanya pada musim cuti sekolah bahkan ada yang terkandas berjam-jam di jalan raya.

Menerusi perkongsian video di TikTok @Naura Sofea, dia mengakui serik untuk kembali berkunjung ke sana selepas terkandas selama 14 jam dari Kuala Lumpur.

“Teruk gila jammed (kesesakan) di Cameron Highlands hari ini (1/6/2024). Memanglah cuti tapi sampai macam ni sekali teruknya. Tak gerak gais, serik nak datang lagi,” katanya menerusi hantaran video tersebut.

Menurut wanita itu, akibat percayakan akan khabar angin suasana lengang di Cameron Highlands sepanjang cuti persekolahan kali ini, dia membuat keputusan untuk bercuti ke sana, namun sangkaannya itu meleset.

Tinjauan Kosmo! mendapati, situasi sama turut dihadapi pengunjung lain sehingga ada yang meredah perjalanan berjam-jam mengharungi kesesakan lalu lintas akibat limpahan pengunjung di lokasi pelancongan tersebut.

“15 kilometer (km) pun dua jam (kesesakan) ye. Nak kata menyesal ‘serah diri’ hadap jammed (kesesakan) kat Cameron Highlands pun tak boleh sebab aku memang suka pergi sana. Jadi layan sajalah,” komen @amiera1011.

“Sebelum ni aku persoalkan kenapa aku kena hadap jammed (kesesakan) Lembah Klang hari-hari rupa-rupanya itu semua adalah persediaan untuk hadap jammed (kesesakan) yang lebih dahsyat. Cameron Highlands tidak sampai 10km, tiga jam lebih (sesak),” keluh @aimanhkeem.

Walaupun begitu, ada juga yang tampil memberikan cadangan waktu terbaik untuk melawat Cameron Highlands tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas yang dahsyat.

“Paling elok datang Cameron Highlands hari Isnin hingga Jumaat, bukan cuti sekolah. Masa tu memang rasa (Cameron Highlands) tu kita yang punya. Jalan lengang, saya dah empat kali sampai, memang Rabu hingga Jumaat saja saya pergi,” kongsi @Zaara Mohd.

“Tips nak datang Cameron Highlands, jangan pergi semasa cuti sekolah dan hari gaji. Tapi tolonglah jangan rancang pun nak pergi masa cuti, lainlah kalau jenis yang suka pergi (bertolak) pagi buta dan tengah malam, rancang perjalanan dengan baik,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI