fbpx

Sempat suruh tekan beg kuning di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pempengaruh media sosial mempromosikan jualannya di Tanah Suci umat Islam baru-baru ini mengundang kecaman daripada netizen apabila wanita tersebut sempat menyuruh untuk menekan ‘beg kuning’ berlatar belakangkan Masjid Nabawi.

Lebih memburukkan keadaan, pempengaruh yang terkenal dengan berkongsi video ayat-ayat motivasi itu dianggap tidak menghormati kesucian tempat ibadah umat Islam, sehingga boleh membawa imej buruk kepada umat Islam yang lain.

“Terus tekan dekat beg kuning sekarang,” katanya selepas menerangkan kelebihan produk yang dipromosinya, di samping orang lain sedang beribadah di dalam masjid itu.

Menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah menjadi idaman semua umat Islam, malah bukan semua orang berpeluang untuk sampai ke sana.

“Pergi Mekah untuk beribadah, bukan berniaga,” komen Ahmad.

“Kes masa Ramadan kan, kenapa baru sekarang naik, dah jadi fitnah untuk jemaah haji tahun ni buat macam ni. Apa-apa pun ada pendapat yang melarang menjual di dalam masjid, kawasan luar okey,” komen Azlan Shamsudin

“Sekarang ni dah macam jadi trend pergi umrah macam bercuti. Kalau niat beribadah, sebaiknya tinggalkan semua perkara dunia dan sia-sia. Fokuslah beribadah,” komen Lynnda.

“Baru balik dari keluar tiga hari ikut jemaah tabligh, semasa muzakarah adab di dalam masjid, ustaz beritahu tidak boleh jual beli dan ada transaksi di dalam masjid, kalau nak juga boleh lakukan diluar masjid,”komen Armu Mann. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI