fbpx

Mourinho bikin berang Besiktas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO dilapor menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Fenerbahce biarpun pada awalnya menyatakan persetujuan membimbing Besiktas. - AFP

LONDON – Jurulatih berprofil tinggi, Jose Mourinho terpaksa berdepan kebencian para penyokong Besiktas selepas dilapor menolak tawaran mengemudi pasukan itu.

Lebih membuatkan kemarahan peminat Besiktas membuak-buak adalah apabila beliau dilaporkan telah bersetuju untuk menerima tawaran bagi menyertai seterus Istanbul mereka, Fenerbahce.

Pengendali dari Portugal itu menandatangani kontrak selama dua tahun untuk bersama pasukan itu sekali gus kembali ke dunia pengurusan bola sepak selepas dipecat AS Roma pada Januari lalu.

Mourinho sebelum ini mengecapi pelbagai kejayaan dalam beberapa liga utama Eropah di Portugal, England, Sepanyol dan Itali menyebabkan kali ini beliau berubah angin untuk mencari sesuatu yang lebih istimewa di Turkiye.

Fenerbahce mengharapkan magis daripada Mourinho selepas mereka terlepas gelaran Liga Super Turkiye musim ini biarpun hanya tewas satu aksi dalam 38 perlawanan dan mengutip 99 mata, namun terlepas gelaran kepada musuh tradisi, Galatasaray

Sementara itu, Fenerbahce juga terdesak untuk mendapat seorang jurulatih yang hebat selepas memecat Fernando Santos pada April lalu apabila mereka hanya menamatkan musim ini di kedudukan kelima.

“Kira-kira sebulan lalu, saya menemui Jose Mourinho di Istanbul dan beliau mendengar tawaran kami. Beliau memberitahu akan mempertimbangkan tawaran dan memberikan jawapan. Beliau kemudian memberikan respons dan mahu mengadakan pertemuan di Itali minggu depan.

“Kami mampu untuk memberikan gaji yang diminta. Kami juga memberikan beliau tawaran untuk membawa masuk bekas pemain terbaik Besiktas, Ricardo Quaresma ke dalam barisan kejurulatihan Mourinho,” kata Naib Presiden Besiktas, Huseyin Yucel. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI