fbpx

Korea Utara hantar 600 lagi belon sampah ke Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OBJEK-OBJEK daripada belon ditemui di sebatang jalan di Seoul semalam. - AFP

SEOUL – Korea Utara menghantar 600 lagi belon berisi sampah yang mengandungi puntung rokok dan plastik merentasi sempadan Korea Selatan.

Tentera Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, perbuatan itu dilakukan pada waktu malam.

“Korea Utara sekali lagi menghantar belon buangan tersebut ke arah Korea Selatan sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) pada petang Sabtu (semalam),” kata Ketua Staf Bersama Seoul dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu lagi, setakat pukul 10 pagi (waktu tempatan) hari ini, sebanyak 600 belon telah dikenal pasti dengan kira-kira 20 hingga 50 belon bergerak di udara dalam masa sejam.

Belon tersebut mendarat di wilayah utara Korea Selatan termasuk ibu kotanya, Seoul dan kawasan Gyeonggi. Ia menempatkan hampir separuh daripada penduduk Korea Selatan.

Korea Utara mula menghantar beratus-ratus belon yang membawa beg sampah pada awal minggu ini, di mana Seoul menyelar tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘tindakan kelas rendah’.

Ia turut memberi amaran bahawa tindak balas yang kuat akan dilakukan melainkan Pyongyang menghentikan provokasi tersebut.

Sejak ‘kempen’ tersebut bermula pada Selasa lalu, sebanyak 900 belon telah dilepaskan oleh Korea Utara ke Korea Selatan, kata Ketua Staf Bersama Seoul.

Setakat ini, pihak berkuasa menemui sisa-sisa seperti puntung rokok, kertas, kepingan kain dan plastik serta tiada bahan berbahaya yang ditemui.

“Tentera Korea Selatan terus menjalankan pengawasan dan peninjauan dari titik pelancaran belon, menjejakinya menerusi peninjauan udara serta mengumpulkan serpihan yang jatuh bagi mengutamakan keselamatan awam.

“Pihak kami menggesa orang ramai supaya mengelak daripada terkena belon tersebut dan segera melaporkannya kepada unit tentera atau balai polis terdekat,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI