fbpx

Komet ‘syaitan’ hampiri Bumi petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komet 12P/Pons-Brooks dilihat di Toledo, Sepanyol pada 9 April lalu. – Getty Images

WASHINGTON – Komet luar biasa yang digelar ‘komet syaitan’ dijangka berada pada jarak paling dekat dengan Bumi hari ini sekitar pukul 3 pagi (Zon Waktu Timur) atau bersamaan pukul 3 petang (waktu Malaysia), lapor stesen penyiaran CNN. 

Dikenali sebagai Komet 12P/Pons-Brooks, objek angkasa tersebut berada hampir dengan Matahari pada 21 April lalu, dengan jarak sejauh 119.7 juta kilometer.

Komet itu dijangka menghampiri Bumi hari ini, dengan jarak lebih 230 juta kilometer dari planet ini serta tidak mencetuskan risiko.

Walaupun komet tersebut tidak dapat dilihat di Hemisfera Utara pada Mei lalu, pengkaji percaya bahawa terdapat peluang yang lebih baik untuk melihat objek kabur tersebut melalui teropong atau teleskop.

Komet tersebut dipercayai hanya melengkapkan satu orbit mengelilingi Matahari pada setiap 71 tahun, menjadikan kemungkinan untuk melihatnya adalah sekali seumur hidup.

Ahli astronomi menjelaskan bahawa kehadiran komet tersebut akan menjadi yang pertama sejak beberapa dekad yang lepas.

“Kejadian ini mungkin akan menjadi yang pertama untuk dilihat oleh orang ramai sejak dari tahun 1950-an,” ujar ahli astronomi, Dr. Teddy Kareta. 

Komet 12P/Pons-Brooks mendapat gelaran komet ‘syaitan’ kerana letusan dari nukleusnya menyebabkan ia seolah-olah mempunyai dua tanduk. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI