fbpx

Hari jadi anak, Anzalna hadiahkan wang RM10,000, dompet Versace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EIDREES dilihat sangat gembira meraikan ulang tahun ke-5 bersama ibunya.

PETALING JAYA – Sempena hari jadi anak sulungnya, pelakon Anzalna Nasir menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Menerusi perkongsian video Instagram, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir, 36, dilihat melakukan trend meminta Mohamad Eidrees memilih hadiah serta tempat makan bagi meraikan ulang tahunnya itu.

Menerusi video dikongsikan, Eidrees menyukai RM10,000, dompet mewah berjenama Versace dan makan di restoran dalam pusat membeli-belah di ibu kota.

‘Spoiling’ (manjakan) Eidrees pada hari lahirnya. Boleh pula dia ambil semua yang mahal-mahal.

“Segala permintaan anak akan ditunaikan selagi ada rezeki.

“Duit lebih membeli-belah kita belanja Rumah Anak Yatim Nur Qaseh sempena hari jadi Eidrees,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut anggap Eidrees anak yang bertuah dapat merasai pengalaman tersebut sewaktu masih kecil.

Anak yang paling untung di dunia dan semoga beruntung juga di akhirat,” katanya netizen.

“Saya kalau mampu pun akan buat macam awak. Jadi, ikutlah kemampuan masing-masing,” ujar pengikut.

“Pandai Eidrees ya pilih hadiah. Selamat hari jadi anak soleh dan baik,” ujar peminat.

Sebelum ini, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 5 dan Mohamad Emirhan, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI