PADA awal kemunculannya dahulu, pelakon Nadiyah Shahab pernah mencuri perhatian ramai apabila dikatakan memiliki wajah jelita persis anak patung.
Hidung mancung, mata bulat dan bibir mungil. Disebabkan itu ramai yang mula menyebarkan dakwaan dia membuat pembedahan plastik untuk mendapatkan rupa paras sebegitu, namun dinafikan tuan badan.
Terbaharu, dakwaan tersebut tersebar lagi apabila wajahnya dikatakan semakin berbeza, terutama pada bahagian dagu yang semakin runcing.
Kata netizen, wajahnya memang nampak sedikit berbeza daripada sebelum ini. Ada yang kata nampak semakin cantik tetapi wujud juga kecaman.
Diva akui memang bahagian dagu dan tulang rahang Nadiyah semakin ‘tajam’. Mungkin juga dia banyak membuat urutan wajah? Macam-macam boleh jadi faktor tetapi sebaiknya-baiknya tunggulah respons Nadiyah sendiri.
Tak kisahlah wajahnya bertukar atau tidak tetapi hakikatnya memang ramai artis lakukan pembedahan plastik untuk dapatkan wajah yang sempurna.
DIVA: Berapa agaknya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Zaki Yamani, sampai sekarang belum ada sebarang perkongsian. Harap cemerlang!