fbpx

Bosan tengok Fasha Sandha asyik watak sama!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAKONAN terbaharu Fasha bersama aktor Fadlan Hazim sudah dicemub netizen sebagai tiada kelainan.

SEJAK tahun lalu, nama Fasha Sandha kerap menjadi bualan ramai dalam media sosial.

Kalau bukan kerana badannya yang semakin langsing, pasti tentang watak lakonannya dalam beberapa buah drama.

Kalau dilihat semula, watak-watak yang dipegangnya sejak akhir-akhir ini lebih kurang sama seperti isteri curang atau kekasih gelap.

Terbaharu, dia muncul lagi dengan watak isteri melanggar iddah untuk berkahwin dengan teman lelakinya dalam drama Khilaf Yang Tertulis.

Kata netizen, watak dipegang Fasha dalam beberapa drama kebelakangan ini kerap berkaitan curang sehingga ada yang mula bosan.

“Tidak ada watak lain ke Fasha boleh pegang? Asyik watak curang atau orang ketiga saja.

“Fasha berlakon memang bagus tetapi sejak akhir-akhir ini watak semua lebih kurang. Naik bosan juga,” komen netizen.

Mungkin peminat mahu melihat sisi berbeza Fasha, agaknya kerap sangat jadi wanita teraniya, dicurangi atau berlaku curang belakang suami.

Apa kata layan drama itu dulu, manalah tahu ada yang jatuh cinta dengan wataknya kali ini.

DIVA: Betul ke rumah tangga pelakon yang juga adik seorang artis wanita sudah berakhir? Dengarnya bakal ‘naik’ mahkamah tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI