fbpx

‘Boleh tidur nyenyak lepas dengar suara Teme Abdullah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik Teme Abdullah pada TikTok sewaktu sesi 'meet and greet' bersama peminat di PBAKL 204 semalam.

PETALING JAYA – “Dengar suara dia pun dah berbunga,” itu antara komen dalam kalangan peminat wanita mengenai seorang penulis dengan nama tema, Teme Abdullah yang sentiasa mengenakan pelitup muka sewaktu berada di acara umum.

Teme Abdullah yang juga seorang arkitek menjadi tumpuan peminatnya terutama dalam kalangan wanita pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) semalam selepas sesi ‘meet and greet’ diadakan.

Menerusi video dan gambar dimuat naik pada media sosial, hampir keseluruhan peminat Teme Abdullah adalah golongan wanita muda, bahkan turut teruja dapat bertemu penulis dambaan mereka itu.

Biarpun tidak mengenali wajah lelaki tersebut, peminatnya berpuas hati dapat melihat secara bersemuka dengan Teme Abdullah selain mendengar suaranya.

“Terima kasih dapat dengar suara Teme akhirnya. Sekarang saya boleh tidur dengan nyenyak,” kata seorang peminatnya meninggalkan komen pada salah satu video di TikTok.

“Dengar suara pun dah tahu kacak,” kata seorang lagi peminatnya.

“Terima kasih untuk video ini, mengubati hati kami yang tak dapat pergi sekali gus dengar suara dia,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam masa sama, akaun TikTok Teme Abdullah juga dihujani pelbagai komen dan maklum balas daripada peminat wanita selepas penulis tersebut berkongsi gambar dan video berkaitan sesi ‘meet and greet’ di PBAKL 2024.

Teme Abdullah merupakan graduan pengajian seni bina dari United Kingdom (UK) serta bekerja sebagai arkitek di sana.

Lelaki tersebut sebelum ini tular selepas menghasilkan potret Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 2019.

Dia menghasilkan beberapa karya antaranya Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama, Empayar 2 Hikayat Mukjizat Daripada Iblis, Kapal Terakhir Di Dunia, Arkitek Jalanan dan Penulis Jalanan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI