JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang telah menahan seorang bekas Datuk Bandar di negeri ini kerana kesalahan menerima rasuah.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 63 tahun itu telah ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 4 petang semalam.
Difahamkan, tangkapan dibuat berkaitan dakwaan suspek telah menerima wang rasuah lebih daripada RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek di Majlis berkenaan sekitar tahun 2020 hingga 2021.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pada pukul 8.30 pagi hari ini dengan 12 pertuduhan. -KOSMO! ONLINE.