TINDAKAN usahawan selebriti Neelofa mengaburkan bahagian muka anaknya pada foto yang dimuat naik dalam media sosial menyebabkan netizen menyamakan anak kecil itu dengan penulis bernama Teme Abdullah.
Difahamkan, Neelofa kini bercuti di London, England ada memuat naik beberapa gambar keluarga, namun mengaburi bahagian muka dua anaknya iaitu Muhammad Billal dan Abdullah Abbas.
Perkara itu mudah sahaja menarik perhatian pengguna media sosial dan menyamakan perbuatan tersebut sama dengan penulis Teme Abdullah yang juga gemar mengaburi wajahnya.
Bagaimanapun beberapa individu lain tidak mengetahui siapakah Teme Abdullah sehingga dijelaskan oleh beberapa pengguna media sosial lain.
Rata-rata netizen terhibur dengan kenyataan tersebut selain bersetuju tindakan pelakon filem Azura itu menjaga privasi anaknya.
Berdasarkan gambar yang dikongsi, Neelofa dan suami, PU Haris Ismail dilihat bersiar-siar di beberapa lokasi menarik di London.
Diva: Mantap betul lakonan barisan pelakon filem The Experts.