fbpx

500 srikandi hadir Sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan ketika sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024 pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai 500 srikandi Tentera Darat Malaysia dari semua Kor dan Rejimen menghadiri Sambutan Hari Wanita Tentera Darat (TD) 2024 bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, di sini, Jumaat lalu.

Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, program itu adalah kerjasama antara Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) dan Sel Wanita Tentera Darat yang mengangkat tema “Wanita Tentera Darat, Aspirasi Angkatan Hadapan”.

Katanya, sambutan Hari Wanita TD ini dimulakan dengan forum bertajuk “Memperkasa Daya Ketahanan Wanita Tentera Darat Dalam Mendepani Cabaran Masa Hadapan” yang menampilkan barisan ahli panel dan moderator yang hebat.

“Forum yang dikendalikan oleh Leftenan Kolonel Dr. Ts. Maimunah Omar selaku moderator telah berlangsung selama dua jam bersama-sama ahli panel iaitu Datuk Dr. Junaidah Kamaruddin, Mejar Jeneral Datuk Suriakala A/P Suriabagavan (B) dan Brigedier Jeneral Hajjah Fadzilah Abdullah TUDM.

“Pada sesi seterusnya, para srikandi TDM berkesempatan untuk berdiskusi dalam sesi dialog bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PTD turut menyatakan peranan wanita pada masa kini didalam organisasi tidak dapat disangkal lagi dan peluang untuk kemajuan dan peningkatan kerjaya yang diberikan setara dengan pegawai dan anggota lelaki.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat merangkap Penasihat JKHEWTD, Mejar Jeneral Datuk Norsham Md Tap serta barisan Pengarah-pengarah dan Pengerusi Hal Ehwal Wanita Kor dan Rejimen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI