fbpx

35 ditahan hadiri ‘perhimpunan syaitan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 35 orang ditangkap kerana menghadiri perhimpunan rangkaian syaitan di Iran. - Foto AFP

TEHRAN – Pihak berkuasa Iran menangkap 35 individu yang menghadiri ‘perhimpunan rangkaian syaitan’ di wilayah barat daya Khuzestan, lapor media tempatan semalam.

Menurut agensi berita ISNA, polis melakukan serbuan selepas mengenal pasti lokasi perhimpunan tersebut, yang memaparkan tanda dan simbol syaitan, alkohol serta dadah.

Seramai 31 lelaki dan empat wanita ditangkap dalam perhimpunan itu. Mereka dirujuk kepada pihak berkuasa kehakiman, lapor  ISNA yang memetik kenyataan Ketua Polis bandar Dezful, Ruhollah Yaarizadeh.

Serbuan ke atas perhimpunan pemuja syaitan bukan suatu perkara yang luar biasa di negara yang sangat konservatif itu.

Sebelum ini, Iran sering menyasarkan parti atau konsert yang menyediakan minuman keras kerana ia dilarang oleh agama Islam.

Pada Mei lalu, polis menahan lebih 250 orang termasuk tiga warga Eropah di barat ibu negara, Tehran atas tuduhan yang sama.

Kira-kira 230 orang ditangkap pada 2007 apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah konsert rock yang diharamkan berhampiran Tehran pada 2007. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI