fbpx

2 rakyat Mesir ditahan terlibat kempen penipuan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bertarikh 5 Jun 2022 menunjukkan jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah. - AFP

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi menahan dua warga Mesir kerana mempromosikan kempen penipuan haji melalui media sosial, lapor akhbar Arab News.

Kempen palsu tersebut dilakukan dengan menjanjikan penginapan, pengangkutan dan menjamin ibadah korban dilakukan untuk bakal jemaah haji.

Dua individu tersebut ditahan dan telah dirujuk kepada pendakwa raya untuk tindakan undang-undang, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Sementara itu, Direktorat Keselamatan Awam menggesa rakyat dan masyarakat supaya terus berwaspada dan mengelak daripada memberi respons terhadap sebarang iklan dalam talian yang mencurigakan.

Iklan tersebut mungkin menawarkan perkhidmatan seperti menunaikan haji bagi pihak orang lain, menjamin dan mengagihkan daging korban, menjual gelang haji dan menyediakan pengangkutan.

Tambah agensi itu lagi, modus operandi tersebut yang melibatkan entiti rekaan dan individu dilakukan dengan sasaran terhadap bakal jemaah haji.

Pihak berkuasa juga memberi amaran bahawa individu yang ditangkap dalam aktiviti penipuan akan dihukum oleh undang-undang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI