fbpx

14 maut akibat monsun di Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menunggang motosikal di sebatang jalan yang dinaiki air di Colombo hari ini. - AFP

COLOMBO – Banjir kilat, banjir lumpur dan pokok tumbang mengorbankan nyawa sekurang-kurangnya 14 orang di Sri Lanka ketika ia dilanda ribut monsun, kata pusat bencana negara itu hari ini.

Ada yang antara mangsa yang lemas, termasuk tiga sekeluarga yang dihanyutkan berhampiran ibu negara, Colombo.

Beberapa yang lain tertimbus hidup-hidup dalam tanah runtuh termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun, kata Pusat Pengurusan Bencana (DMC).

Sembilan orang lagi terbunuh apabila pokok tumbang menimpa mereka di tujuh daerah sejak monsun bertambah kuat pada 21 Mei lalu, tambah DMC.

Menurutnya, 20 daripada 25 daerah di negara itu terjejas akibat hujan lebat.

Ia sekali gus mengeluarkan amaran kepada penduduk yang tinggal di tebing sungai utama agar berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Penerbangan yang tiba di lapangan terbang antarabangsa utama Colombo turut dilencongkan ke lapangan terbang yang lebih kecil, manakala beberapa lebuh raya utama dinaiki air di beberapa susur keluar.

Kerajaan juga mengarahkan semua sekolah ditutup esok selepas cuti hujung minggu kerana lebih banyak hujan diramalkan turun. 

“Mungkin terdapat lebih banyak hujan lebat disertai angin kencang dan guruh,” kata DMC. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI