fbpx

Wanita saman bekas kekasih RM730,371

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah bangunan mahkamah di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Seorang lelaki diarah membayar ganti rugi lebih S$210,000 (RM730,361) kepada bekas kekasihnya kerana menipu sepanjang mereka menjalinkan hubungan ‘romantik’, lapor portal berita MSNews semalam.

Dalam tempoh enam tahun, wanita  berusia 42 tahun di Singapura itu memindahkan lebih S$210,000 kepada lelaki tersebut yang dipercayai  akan berkahwin dengannya.

Pada Khamis lalu, sebuah mahkamah memerintahkan lelaki itu membayar ganti rugi S$210,050 kepada wanita itu beserta faedah dari tarikh samannya.

Menurut laman berita Channel NewsAsia (CNA), Lee Mei Lan yang berusia 42 tahun bertemu dengan Derrick Ng Jing Yuan, 41, pada 2008 dan mereka menjalin hubungan percintaan dari 2010 hingga 2020.

Mulai 2014, Lan memberikan kira-kira S$650 (RM2,260) setiap minggu kepada Yuan dengan beranggapan lelaki berusia 41 tahun itu akan menjadi suaminya.

Yuan juga memberitahu wanita itu bahawa dia telah berhenti kerja dan memerlukan wang untuk membayar bil perubatan bapanya.

Lan yang berpendapatan S$3,000 (RM10,436) sebulan memberikan hampir semua pendapatan kepada lelaki itu yang  berjanji akan membayar balik wangnya.

Bagaimanapun, penipuan lelaki itu terbongkar apabila Lan  mengupah penyiasat persendirian dan mendapati bahawa Yuan tinggal di sebuah flat yang sudah diubah suai bersama seorang wanita lain.

Lan kemudian bertindak menyaman lelaki tersebut dan menuntut wang yang telah diberikan kepadanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI