fbpx

UCL: Dortmund sedia tamatkan penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DORTMUND bersedia menamatkan penantian panjang mereka selepas kali terakhir merangkul trofi UCL pada 1997. - AFP

DORTMUND – Jurulatih Borussia Dortmund, Edi Terzic tetap yakin para pemainnya mampu menamatkan prestasi cemerlang Real Madrid pada aksi pentas final Liga Juara-Juara (UCL) ketika kedua-dua pasukan bakal berentap di Wembley awal pagi esok.

Madrid berjaya memenangi kesemua lapan perlawanan pentas final terakhir yang disertai mereka sejak saingan itu dikenali sebagai Piala Eropah sebelum dijenamakan semula menjadi UCL pada 1992.

Malah, gergasi La Liga Sepanyol itu juga berjaya menjulang lima gelaran berkenaan dalam 10 musim terakhir sekali gus menjadikan mereka pilihan untuk memenangi aksi kali ini dan meletakkan Dortmund sebagai pasukan ‘underdog’.

“Kami perlu yakin kemampuan pasukan ini untuk memenangi suatu yang besar. Kami perlu melakukan segala-galanya untuk membawa pulang trofi ini ke Dortmund kerana penantian ini sudah terlalu lama.

“Perkara yang paling penting adalah apabila anda mahu memenangi UCL, anda harus menewaskan pasukan yang kuat dan pernah menjadi juara dan kami perlu berdepan realiti itu ketika ini.

“Mereka memiliki pengalaman 14 kali merangkul kejuaraan, lima daripadanya diperoleh dalam tempoh 10 musim terakhir, namun sasaran kami sentiasa jelas iaitu perlawanan kali ini yang kami perlu hadapi,” katanya.

Kali terakhir Dortmund merangkul kejuaraan UCL adalah pada 1997 ketika menewaskan Juventus pada pentas final 3-1 sebelum mereka mara ke perlawanan akhir untuk musim 2013, tetapi akur dengan kekalahan berdepan musuh tradisi, Bayern Munich.

Musim ini menyaksikan Dortmund gagal mempamerkan prestasi terbaik dalam saingan Bundesliga apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima dan meraih slot terakhir ke UCL musim depan.

Musim lalu, mereka hampir dinobatkan sebagai juara liga Jerman, namun terlepas kepada Bayern pada hari terakhir perlawanan, tetapi Terzic mengakui kegagalan tersebut membuatkan Dortmund bersemangat untuk membuktikan sesuatu pada aksi final kali ini.

“Kami memiliki tenaga dan atmosfera pada sesi latihan yang cukup positif. Semua yang berada di kelab ini percaya kami mampu mencapai sesuatu yang luar biasa pada perlawanan itu nanti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI