fbpx

Teknologi AI perlu diterap ilmu, nilai Islam- Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika meluncurkan kitab itu pada program seminar berkenaan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini perlu diterapkan dengan nilai atau ilmu Islam dan bukannya hanya pemikiran Barat semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara kebimbangan dalam usaha mengembangkan penggunaan teknologi berkenaan ketika ini.

Tegas beliau, semua korpus ilmu boleh dimasukkan dengan jawapan yang relevan kerana penggunaan AI dianggap sebagai neutral.

“Ia terserah kepada kita kalau ia mahu dikembangkan di Malaysia dan saya sedang mengasak kuat supaya universiti mempunyai fakulti AI dan seumpamanya.

“Jika mahu berjaya, anak kita yang mempunyai kemahiran kepakaran itu mesti dilatih dengan nilai atau khazanah ilmu Islam termasuk Thurath dalam korpus tersebut.

“Jadi, apa yang ‘dimuntahkan’ robot baharu AI itu adalah berdasarkan ilmu yang dimasukkan kepadanya. Kini, kita hanya serah kepada Barat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Penghayatan Riyadhu As-Salihin sempena Festival Turath Islami di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI