fbpx

Seorang pendaki maut, dua selamat ketika tawan Gunung Denali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) meninggal dunia ketika menawan Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara baru-bari ini. Foto Instagram azimafifishak

PUTRAJAYA – Seorang pendaki Malaysia maut, manakala dua lagi selamat selepas terkandas selama tiga hari di Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara.

Kelab Jelajah Alpine Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, mangsa yang maut dikenali sebagai Zulkifli Yusuf manakala dua mangsa selamat dikenali sebagai Zainudin Lot dan Illaham Ishak.

Mangsa yang selamat berjaya dikeluarkan dengan helikopter kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) selepas terkandas berhampiran puncak gunung itu sejak 28 Mei.

“Zulkifli telah disahkan meninggal pada 6 pagi hari Rabu (waktu tempatan) semasa berlindung di “snow cave” di kawasan dikenali sebagai “Football field” di ketinggian 19700kaki dari aras laut.

“Punca kematian disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia dan akan disahkan melalui post mortem.

“Pihak penyelamat juga pada semalam berjaya mengeluarkan Zainudin dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Talkeetna, Alaska. Keadaan beliau stabil dan mengalami frostbite di kedua belah tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, Illaham juga mengalami frosbite di tangan dan kaki telah diselamatkan beberapa hari lepas dan kini di rawat di hospital di Anchorage Alaska.

Jelasnya, pihak konsular Malaysia di Los Angeles telah dimaklumkan dan akan membantu mangsa untuk proses seterusnya.

“Jenazah kini masih berada di tempat kejadian dan proses mengeluarkan jenazah mungkin mengambil masa untuk menunggu cuaca baik.

“Pihak keluarga juga telah dimaklumkan dan kami ingin ucapkan takziah dan mohon rakyat Malaysia mendoakan mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI