fbpx

Penternak akuakultur disaran daftar GeoAgro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (tiga dari kiri) melawat reruai selepas merasmikan Karnival myAP dan myKP Zon Utara di Mydin Mall, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jabatan Perikanan menyarankan penternak akuakultur segera mendaftar dengan Sistem Pendaftaran GeoAgro sebelum memohon bantuan Subsidi Madani (Budi Madani).

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, terdapat kira-kira 7,900 penternak akuakultur di seluruh Semenanjung Malaysia yang berdaftar di bawah pihaknya setakat ini.

“Daripada jumlah terbabit, hanya 1,232 individu yang telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Sambutan pendaftaran (GeoAgro) agak baik cuma sedikit perlahan, maka kita ingin menyeru semua kumpulan sasar terutamanya penternak akuakultur untuk segera mendaftar di portal berkenaan bagi membolehkan kerajaan mendapatkan maklumat dan data-data asas yang diperlukan.

“Sekiranya mereka memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah memohon Budi Madani sekali gus dapat menikmati bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan,” katanya selepas merasmikan Karnival myAgroprenur (myAP) dan myKomuniti Perikanan (myKP) Zon Utara 2024 di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan Khazlita Adzim Abdol Aziz.

Bulan lalu, media melaporkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penerima yang layak akan menerima Budi Madani sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Menurutnya, pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak boleh membuat permohonan itu di bawah kategori Budi Individu manakala petani dan pekebun kecil pula Budi Agri-Komoditi.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Bancian Pertanian 2024 yang bakal berlangsung selama tiga bulan bermula 7 Julai hingga 10 Oktober depan membabitkan tiga subsektor utama perikanan di bawah jabatan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI