fbpx

Pahang tawar insentif pengecualian denda lewat bayaran cukai tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (dua dari kanan) melawat gerai pameran sempena Majlis Perasmian Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang tahun 2024.

LIPIS – Kerajaan negeri Pahang menawarkan insentif pengecualian denda lewat kepada semua pemilik tanah bermula hari ini sehingga 30 November depan agar lebih ramai pemilik tanah melunaskan bayaran cukai tanah tertunggak.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun inisiatif berkenaan dikecualikan kepada pemilik tanah yang telah dikeluarkan Notis 6A sebelum 1 Julai 2024.

“Saya menyeru agar lebih ramai lagi pemilik tanah menggunakan peluang ini untuk merebut insentif yang telah diberikan oleh kerajaan negeri.

“Ini supaya orang ramai segera melunaskan bayaran cukai tanah atau tunggakan cukai tanah tanpa dikenakan denda lewat bagi mengelakkan sebarang implikasi kepada pemilikan tanah nanti,”katanya pada Majlis Perasmian Karnival Tanah Peringkat Negeri Pahang 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Lipis, di sini hari ini.

Beliau berkata, karnival berkenaan merupakan tahun kedua penganjuran dan mendapat impak positif daripada perolehan hasil kerajaan negeri.

“Ini juga salah sebab kita berjaya mendapat kutipan hasil tanah semaksimum mungkin dan melonjakkan hasil pendapatan kerajaan negeri melebihi RM1 bilion,”ujarnya.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, jumlah terkini hak milik tanah di Pahang adalah sebanyak 757,334 hakmilik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI