fbpx

Kronologi kes pembunuhan Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis ketika melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan jasad Zayn Rayyan Disember tahun lalu.

PETALING JAYA – Berikut adalah kronologi kes pembunuhan membabitkan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 7, di sini, Disember tahun lalu.

5 Disember 2023

  • Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas selesai bermain di taman berdekatan rumahnya. Ibu mangsa mendakwa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di tingkat dua, anaknya itu tiba-tiba hilang selepas mengekorinya dari belakang.
  • Kali terakhir anaknya dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran. Keluarga mangsa memuat naik status kehilangan Zayn Rayyan di media sosial sebelum melaporkan kehilangan itu kepada polis. Penduduk mencari mangsa di kawasan sekitar dan menganjurkan solat hajat.
  • Misi pencarian kemudian diteruskan di lokasi kanak-kanak tersebut hilang dengan bantuan pihak berkuasa dan orang ramai.

6 Disember 2023

  • Jasad Zayn Rayyan ditemui di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya (10 malam).
  • Polis berkata lokasi penemuan mayat itu merupakan kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.

7 Disember 2023

  • Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mangsa dibunuh.

8 Disember 2023

  • Individu yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan seksual akan ditapis pihak polis bagi membantu siasatan pembunuhan.
  • Mass screening (tapisan besar-besaran) melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terlibat dalam kesalahan seksual.
  • Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan berhampiran.
  • Polis sahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan.

9 Disember 2023

  • Polis terus menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah penduduk di Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi mengumpulkan maklumat.

10 Disember 2023

  • Datuk Zayn Rayyan, Zahari Mohd. Reba, 55, menolak kemungkinan cucunya dibunuh kerana dendam susulan anak serta menantunya baru menetap di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini, sejak tiga tahun lalu.
  • Anjing K9, Gucci dan Ricks melakukan pemeriksaan sebuah stor menjadi tumpuan hari keempat operasi pencarian bahan bukti kes.
  • Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) keluar dari apartmen blok R dengan membawa beberapa bungkusan.
  • Seramai 228 individu telah diambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu siasatan yang melibatkan pemeriksaan 2,484 unit rumah (18 blok) dan premis perniagaan.

11 Disember 2023

  • Polis menerima sejumlah rakaman papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan yang diletakkan di kediaman apartmen.

12 Disember 2023

  • Hussein memaklumkan terdapat pergerakan ditemui hasil pemeriksaan awal rakaman dashcam kereta yang diperoleh dalam kalangan penduduk.
  • Selain itu, polis turut mendapatkan bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat.

13 Disember 2023

  • Polis menemui sehelai stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai selepas dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta JPS Selangor.
  • Tiga individu ditahan dipercayai positif dadah di Apartment Damai hasil saringan DNA kes Zayn Rayyan tetapi tidak berkait kes bunuh itu.

14 Disember 2023

  • Sehelai stoking yang dijumpai dalam air bertakung sekitar anak sungai berhampiran lokasi penemuan bukan kepunyaan mangsa.
  • Polis kesan saksi dakwa terlihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R kira-kira 5 petang, hari mangsa dilaporkan hilang (5 Disember)
  • Sebanyak 86 keterangan dan 238 DNA sudah diambil.

23 Disember 2023

  • Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam pencarian bukti kes pembunuhan Zayn Rayyan, yang memasuki Fasa 3.

28 Disember 2023

  • Polis mengeluarkan kenyataan tidak menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan meskipun tiada petunjuk baharu diperoleh.

7 Januari 2024

  • Polis mengesahkan menerima menerima maklumat Interpol namun secara am.

6 Februari 2024

  • Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor, Datuk Seri A. Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek.

23 Februari 2024

  • Hussein mengesahkan masih tiada pihak tampil memberi maklumat berhubung kes walaupun MCPF Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada pihak yang membawa kepada penangkapan suspek kes bunuh itu.

21 Mac 2024

  • Polis nafi lambat bertindak dalam siasatan pembunuhan Zayn Rayyan malah teruskan berusaha sejak hari pertama Zayn Rayyan dilaporkan hilang.

8 Mei 2024

  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.

31 Mei 2024

  • Pasangan suami isteri ditahan sekitar Puncak Alam bagi membantu siasatan polis

1 Jun 2024

  • Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan pasangan suami isteri berusia 29 tahun direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI