fbpx

Kerajaan tidak kawal beras putih tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mengenakan kawalan terhadap bekalan beras putih tempatan (BPT) berikutan dakwaan beras tersebut hanya boleh diperoleh di program karnival jualan Madani.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sebelum ini telah mengambil sekurang-kurangnya tiga langkah untuk meningkatkan kuantiti bekalan BPT.

“Salah satunya adalah kerajaan telah mengubah suai kontrak-kontrak bagi agensi untuk membeli beras-beras import. Berkemungkinan, lebih 20,000 tan beras tempatan untuk kembali ke pasaran tempatan.

“Simpanan rizab beras tempatan juga telah mula dicairkan serta dibawa keluar daripada simpanan dan proses ini akan mengambil masa,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Kita Madani peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini, hari ini.

Tambah Fahmi, dia akan memanjangkan isu-isu yang khusus berkaitan dengan beras tempatan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Kita akan melanjutkan perkara ini supaya mereka (KPKM) boleh mengambil beberapa tindakan untuk memastikan (beras tempatan) ada di pasaran,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kelemahan aspek penguatkuasaan dan pemantauan menyebabkan negara ‘kehilangan’ BPT di pasaran tempatan.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu semua pihak lebih tegas dan kerap melakukan pemantauan dan tinjauan bukan sahaja mengenai soal beras sahaja sebaliknya barangan keperluan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI