fbpx

Kerajaan anjur kempen keselamatan ‘online’ untuk kanak-kanak, keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi berucap di sidang media selepas merasmikan Karnival Kita Madani Peringkat Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di ibu negara, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi merancang untuk mengadakan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk Kanak-kanak dan Keluarga (Online Safety for Children and Family) dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kempen tersebut adalah untuk menangani isu kanak-kanak di bawah 13 tahun yang tetap mendaftar walaupun platform tersebut tidak membenarkannya.

“Selain isu registrasi tersebut, tindakan ini juga untuk membanteras jenayah pengantunan (child grooming) yang sering dilakukan menerusi media sosial,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Kita Madani peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, pihak Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita & Kanak-Kanak D11, Bukit Aman memaklumkan aplikasi WhatsApp adalah platform yang paling banyak disalahgunakan dalam tujuan pengantunan kanak-kanak ‘child grooming’.

“Saya faham platform seperti ini banyak manfaatnya tetapi ada juga kemudaratannya yang boleh membahayakan seseorang terutamanya kanak-kanak.

“Dengan adanya kempen ini, saya berharap kita dapat mengumpul semua agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

“Semua organisasi ini akan memberi penegasan tentang apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin keselamatan diri dan keluarga kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI