fbpx

Ingat panggilan sekadar gurauan nakal – Adik mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu mengangkat mayat tiga mangsa yang ditemui mati selepas Toyota Vellfire dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang dalam kemalangan di Kilometer 14.3 Lebuh Raya Iskandar Sultan, Johor Bahru pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Panggilan telefon yang memaklumkan kejadian kemalangan meragut tiga nyawa selepas Toyota Alphard dinaiki mangsa terjunam ke dalam longkang Lebuh Raya Iskandar Sultan, di sini disangkakan gurauan nakal.

Miss Chu, 30, tidak menyangka kejadian itu benar-benar berlaku dan mengorbankan kakaknya, Chu Wan Rou, 31, dan adik lelakinya, Chu Wei Yeah, 28, serta kenalan kakaknya, Aw Siew Chern, 35.

Katanya, ketika kejadian, kesemua mangsa termasuk dua beradiknya dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Singapura.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga tersentak apabila kenalan kakak saya dan rakannya, Siew Chern dari luar negara menghubungi kami menyatakan mereka bertiga terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura, pagi tadi,” katanya ketika ditemui ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Katanya, kenalan kakaknya yang mengetahui perkara itu kerana ketika kejadian berlaku, Siew Chern sedang membuat panggilan video dengannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI