fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku terutamanya di Daerah Selatan Semenanjung, Johor pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu berlaku di Johor melibatkan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Cuaca buruk itu turut berlaku melibatkan kawasan kawasan pantai di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Turut terkesan melibatkan beberapa tempat di Daerah Utara, Langkawi di Kedah serta Pantai Timur, Rompin, Pahang,” ujarnya.

Selain itu, di Malaysia Timur, hujan dilaporkan berlaku di kebanyakan kawasan melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak serta Tawau di Sabah.

Dalam pada itu, cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia meramalkan hujan lebat berserta ribut petir berlaku di beberapa tempat melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Pahang dan Johor.

“Cuaca buruk itu juga dijangka berlaku di kawasan pedalaman melibatkan negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

“Di Sarawak, kebanyakan kawasan melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang turut mengalami ribut petir.

”Sementara itu, cuaca buruk yang sama juga dijangka melibatkan beberapa tempat di Sabah iaitu kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat,” MetMalaysia dalam kenyataannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI