fbpx

Hannah Yeoh alu-alukan siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah dan suami. - INSTAGRAM HANNAH YEOH

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap suaminya.

Menerusi satu hantaran di laman X, Hannah berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.

Jelasnya, rakyat Malaysia berhak untuk tahu segalanya berkaitan isu berkenaan yang turut melibatkan syarikat Asia Mobility yang mana suami Hannah, Ramachandran Muniandy adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Katanya, sebelum ini tidak bersuara dalam isu tersebut kerana berasakan ia tidak wajar dan boleh ditafsirkan sebagai gangguan terhadap siasatan yang sedang berjalan.

“Atas sebab inilah saya tidak berkata apa-apa lebih awal lagi. Pada pandangan saya, cara terbaik bergerak ke hadapan dalam menangani tuntutan tersebut ialah menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk menyiasatnya.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada kepada semua pihak yang menghubungi saya dan bersolidariti bersama saya,” tulisnya.

Semalam, SPRM menyatakan, terdapat beberapa maklumat dan petunjuk baharu diperoleh dalam kes tersebut dan kini sedang diteliti pihak mereka. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI