fbpx

Ekspedisi Gunung Denali: Konsulat Jeneral Malaysia beri bantuan sewajarnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunung Denali.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, mengesahkan bahawa seorang warganegara Malaysia telah meninggal dunia semasa ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles telah berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham dan sedang memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Pihak Konsulat Jeneral Malaysia juga sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan usaha membawa turun jenazah dari kawasan pergunungan sedang giat dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya hari ini.

Jelas Wisma Putra, kementerian juga mengesahkan bahawa dua orang lagi pendaki warganegara Malaysia telah
dimasukkan ke hospital dan sedang menerima rawatan.

“Konsulat Jeneral Malaysia sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, seorang pendaki Malaysia maut, manakala dua lagi selamat selepas terkandas selama tiga hari di gunung berkenaan.

Kelab Jelajah Alpine Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, mangsa yang maut dikenali sebagai Zulkifli Yusuf manakala dua mangsa selamat dikenali sebagai Zainudin Lot dan Illaham Ishak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI