kejadian sebuah bangunan apartmen runtuh di Jeddah, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.
Bangunan mengandungi 13 unit apartmen itu runtuh di daerah Al-Faisaliah, tengah bandar pelabuhan Jeddah.
Usaha untuk mengeluarkan mangsa terperangkap diteruskan sehingga awal pagi semalam.
Menurut maklumat awal, kerja penyelenggaraan di ruang bawah tanah bangunan menyebabkan bangunan itu runtuh, demikian menurut portal berita Al-Arabiya.net.
Menurut Direktorat Am Pertahanan Awam Jeddah, kemalangan berlaku di sebuah bangunan di daerah Al-Faisaliah dan sebilangan mangsa berjaya diselamatkan.
Kawasan itu padat dengan penduduk dan blok apartmen yang disewa oleh rakyat asing serta warga tempatan.
Ia dianggap sebagai kawasan kejiranan yang agak popular di Jeddah. – AGENSI