fbpx

Air tasik berusia 500,000 tahun bertukar warna hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TASIK Clear bertukar menjadi hijau di California, baru-baru ini. - Clear Lake Water Quality

WASHINGTON – Tasik tertua di rantau Amerika Utara bertukar warna menjadi hijau pada bulan lalu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Situasi tersebut mencetuskan kebimbangan tentang risiko kesihatan dalam kalangan pengguna air tasik berkenaan.

Pihak berkuasa negeri California mengeluarkan amaran kesihatan minggu lalu selepas Tasik Clear yang berusia 500,000 tahun itu dipenuhi alga biru-hijau yang berbahaya.

Alga itu boleh membebaskan toksin atau bahan beracun seperti seperti microcystin yang menyebabkan radang kulit.

Air tercemar itu juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati jika diminum.

Perubahan di Tasik Clear berlaku secara semula jadi tetapi situasi paling teruk dikesan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh perlombongan dan pembuangan kumbahan.

Setakat 25 Mei lalu, ukuran microcystin di tasik itu masih belum diketahui.

Bagaimanapun, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melaporkan bahawa walaupun toksin tidak terdapat dalam alga, tumbuhan itu masih boleh memusnahkan hidupan akuatik.

NASA yang merakam perubahan itu dari angkasa lepas melaporkan bahawa pencemaran air tasik itu berasal dari ladang anggur, sistem septik yang rosak, lombong batu kelikir dan lombong merkuri terbiar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI