fbpx

Vans bagi Farhan ‘shopping’ sakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN sepak takraw negara, Farhan Adam (kanan) bersama legenda 'skateboard' negara, Ahmad Fadzil Musa (kiri) atau lebih popular dengan panggilan Pa’din Musa berada di butik Vans di Pavilion baru-baru ini.

KUALA LUMPUR- Pemain sepak takraw negara, Farhan Adam mengakui benar-benar teruja kerana diberi penghargaan oleh syarikat kasut terkenal, Vans untuk berbelanja sakan di sebuah pusat beli-belah, Pavilion di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Apit kiri kebangsaan tersebut menegaskan dia tidak sangka video serta laporan Kosmo! berkenaan kasut Vans yang dipakainya pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 tular hingga menyebabkan Vans Malaysia serta legenda papan selaju negara, Pa’din Musa menghubunginya.

Tegas Farhan, akibat laporan Kosmo! penyokong sepak takraw tempatan mula bertindak meninggalkan komen dan turut memetik (tag) Instagram rasmi Vans Malaysia dan juga Pa’din hingga media sosial mereka terjejas.

“Sememangnya saya tidak sangka akan diberi penghargaan seperti ini dan pada akhirnya Vans Malaysia dan Pa’din sendiri telah menghubungi saya untuk bertanyakan kepada saya kenapa saya memilih kasut tersebut digunakan di Piala Dunia Sepak Takraw.

FARHAN adam bersama keluarga diberikan penghargaan untuk berbelanja di butik Vans di Kuala Lumpur.

“Pada mulanya, Vans Malaysia tidak faham kepada media sosial mereka menerima ribuan tag di Instagram. Pa’din juga beri tahu bahawa media sosialnya terjejas kerana tag peminat sepak takraw.

“Selepas melihat video, barulah Vans Malaysia faham dan terkejut kerana kasut Vans digunakan dalam  dalam sukan sepak takraw selain terkenal dengan sukan lasak seperti ‘skateboard’.

“Selepas itu, mereka telah menghubungi saya untuk datang ke Pavilion untuk ambil apa sahaja barangan dalam butik tersebut dengan nilai keseluruhan mencecah ribuan ringgit

“Saya hanya memilih beberapa pasang kasut dan turut hadiahkan sepasang kasut buat kedua-dua anak saya dan juga isteri saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Dalam pada itu, Farhan juga mengakui sepanjang dalam kariernya, ini kali pertama dia menerima penghargaan seperti itu dan kini dia adalah sebahagian dalam ‘Vans Family’

“Mereka (Vans) memberi tahu saya bahawa saya adalah sebahagian dari Vans Family dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana penghargaan seperti ini,” ujarnya.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI