fbpx

TDM, Angkatan Tentera Amerika Syarikat laksana Eksesais Tiger Strike

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Upacara pembukaan Eksesais Tiger Strike 2024 berlangsung di di Pelabuhan Kuantan, Pahang semalam.

KUALA TERENGGANU – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (USF) menjalin kerjasama melaksanakan Eksesais Tiger Strike di, sebahagian kawasan di Setiu dan Seberang Takir, Kuala Nerus selama sembilan hari sehingga 6 Jun depan.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata, eksesais terbabit melibatkan pasukan 10 Briged Para dan 15th Marine Expeditionary Unit, United States Marine Corps (15 MEU USMC).

Beliau berkata, eksesais tersebut turut disokong Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

“Latihan ini bertujuan meningkatkan kerjasama dan kecekapan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan USF.

“Ia juga bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dan mempertingkat kompetensi serta profesionalisme kedua-dua angkatan tentera terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata, kerjasama daripada penduduk setempat diharapkan sepanjang eksesais terbabit memandangkan ia akan melibatkan banyak pergerakan kenderaan dan aset tentera.

Tambah beliau, latihan tersebut juga melibatkan banyak penerbangan pesawat tentera dan bunyi letupan di kawasan latihan terlibat.

“Demi keselamatan dan kelancaran pelaksanaan eksesais ini, penduduk tempatan dinasihatkan mengelak memasuki kawasan latihan dan memberi laluan kepada kenderaan tentera.

“Mereka juga tidak perlu panik mendengar bunyi tembakan mahupun melihat pergerakan ketenteraan di kawasan berkenaan sepanjang tempoh tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI