fbpx

Shopee dan peniaga SME lancar #ShopeeHaul untuk perkasa wanita Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga pilihan gaya koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee.

KUALA LUMPUR  – Platform e-dagang terkemuka, Shopee telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga kecil dan sederhana (SME) bagi segmen fesyen muslimah untuk mencipta koleksi ‘almari kapsul’ menjelang Jun ini.

Jalinan kerjasama itu adalah untuk menyokong penjual tempatan sambil meningkatkan keyakinan wanita seluruh negara. 

Malah, melalui kempen 6.6 GayaLitLit #ShopeeHaul baharu menawarkan kepelbagaian bergaya bawah RM40 buat wanita daripada apa jua latar belakang.

Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata, Shopee menyaksikan evolusi dinamik trend fesyen muslimah di Shopee Live di mana penjual tempatan menyesuaikan penawaran mereka dengan komuniti tempatan secara hiperlokal.

Shopee menyaksikan evolusi dinamik trend fesyen muslimah.

 “Penjual seperti Panda Eyes, Lovito, dan Zoe Arissa berstrim langsung secara aktif di Shopee Live untuk menyampaikan informasi tentang cara bergaya, kesepadanan produk, dan mempertontonkan pelbagai jenis produk mereka secara 360 darjah kepada penonton seluruh negara agar mereka dapat informasi sepenuhnya untuk membeli-belah dalam talian.

“Melalui kerjasama dengan  M2Dream, DEEM Store, ZUCCA, Panda Eyes, KM Fashion Center, Stynis Traveller Luggage & Bags Store, Zoe Arissa, Tudung Exclusive dan ZEKE Store, kami telah menyusun koleksi di mana wanita boleh mencipta pelbagai gaya dengan hanya beberapa helaian pakaian,” katanya.

Tambahnya, pakaian sopan mereka boleh dilapiskan dengan pakaian ‘outerwear’ dan aksesori, di mana wanita boleh menzahirkan gaya individualiti mereka untuk gaya harian yang selesa dan bergaya.

Sesuai untuk seluruh wanita tidak kira tona kulit dan saiz,  koleksi  GayaLitLit #ShopeeHaul yang inklusif termasuk pakaian asasi boleh digayakan kepada tiga gaya utama yang ‘in’ pada musim ini.

Pelbagai pilihan fesyen muslimah boleh didapati di Shopee.

Gaya menonjol ‘Sis Ranggi’ boleh dicapai dengan tudung turban bersama seluar atau skirt smart kasual dan jaket. 

Manakala, gaya konservatif chic ‘Everyday Cantik’  boleh dicapai dengan kemeja butang bersama seluar yang boleh digayakan untuk pergi bekerja atau makan-makan di hujung minggu. 

Bagi Gaya elegan ‘Anggun Bergaya’ ia  boleh dicapai dengan dress maxi bersama selendang. 

Koleksi #ShopeeHaul boleh didapati di Shopee, dengan harga bermula RM1 hingga RM40. 

Shopee juga turut menyediakan hadiah wang tunai untuk kempen ini.

Malah, koleksi #ShopeeHaul adalah yang pertama kali dijalankan buat fesyen muslimah di Malaysia, menunjukkan komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran buat SME dan menambahbaik pilihan produk buat pembeli menggunakan teknologi. 

Dalam pada itu, saluran rasmi Shopee, ShopeeMamak turut membawakan tips inspirasi bergaya setiap hari di Shopee Live dari 31 Mei hingga 6 Jun ini kepada wanita muslimah seluruh negara. 

Selain dapat belajar tips bergaya dari selebriti dan pempengaruh seperti Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, dan Bella Astillah, penonton juga boleh menyertai permainan fesyen untuk berpeluang memenangi wang tunai RM3,000. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI