fbpx

‘Saya halalkan siapa dah makan, ambil ikan arowana’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk tidak melepaskan peluang menangkap ikan arowana yang terlepas selepas kolam ternakan di Layang-Layang, Kluang pecah dalam kejadian Rabu lalu.

KLUANG – Pemilik kolam ikan hiasan arowana di Layang-Layang di sini menghalalkan ikan-ikannya yang hanyut dan diambil orang ramai selepas kolam takungan ternakannya itu pecah.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Ng berkata, ini kerana usaha mendapatkan kembali kira-kira 15,000 hingga 18,000 ternakan itu adalah mustahil dan perkara itu sangat rumit.

“Perkara sudah berlaku dan di luar kawalan saya. Saya mahupun orang kampung tidak bersalah, jangan mengecam kejadian ini kerana ia berlaku tanpa diduga.

“Saya sudah lama menjalankan perusahaan ini dan memiliki hubungan baik dengan penduduk kampung, biarlah mereka mengambil ikan yang ditemukan,” katanya yang telah 35 tahun mengusahakan ikan hiasan arowana.

Ng berkata, setiap satu ikan arowana induk berkenaan berharga RM20,000 dan dalam kejadian itu dia terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit.

“Kejadian ini mungkin berpunca daripada kerja pembinaan infrastruktur tertentu, diharap pihak berkaitan menjalankan siasatan segera. Saya sudah melaporkan kejadian kepada pihak polis dan akan mengambil tindakan mahkamah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI