fbpx

‘Persoalan selama ini telah terjawab’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD menunjukkan gambar Allahyarham Komander Amir yang merupakan juruterbang pesawat Fennec sewaktu tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak.

SEGAMAT – Keluarga Allahyarham Komander Mohamad Amir Mohamad, salah seorang mangsa nahas Helikopter Tentera Udara DiRaja Malaysia (TLDM) pada 23 April lalu, merasa lega dengan keputusan siasatan nahas dua pesawat terbabit.

Menurut Muhamad Hafiz Mohamad, 40, adik kepada Allahyarham Komander Muhamad Amir Mohamad, 44, walau apa jua keputusan siasatan dari pihak TLDM, perkara tersebut telah terjadi.

“Alhamdulillah kami sekeluarga lega dengan keputusan siasatan nahas yang diumumkan semalam. Lega kerana persoalan yang selama ini difikiran telah terjawab tentang punca nahas yang sebenar.

“Kami reda dan perkara tersebut (nahas) telah terjadi. Ini adalah ketentuan yang Maha Esa ‘menjemput’ abang Amir bersama rakan-rakannya sewaktu bertugas,” katanya ketika ditemui di Felcra Bukit Kepong hari ini.

Bagi bapa Allahyarham Komander Amir, Mohamad Borak, 71, sejak menerima perkhabaran berita nahas terbabit, dia sudah reda dan menerima ketentuan Ilahi.

“Tetapi tiada apa yang perlu dikesalkan. Anak saya ‘pergi’ sebagai wira negara. Terima kasih kepada pihak TLDM yang menjalankan siasatan dan mengambil tahun mengenai keadaan kami keluarga mangsa nahas,” katanya.

Komander Muhamad Amir Mohamad merupakan Pegawai Memerintah Skuadron 502 dan juruterbang pesawat Fennec sewaktu tragedi helikopter tersebut berlaku.

Semalam, keputusan akhir laporan nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengorbankan 10 nyawa di Lumut, Perak pada 23 April lalu diumumkan disebabkan dua faktor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI