fbpx

Penuh tahi mata, saya alami sakit pelik – Syatilla Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYATILLA MELVIN

PETALING JAYA –Setelah hampir seminggu berdepan masalah kesihatan, muntah, cirit-birit dan mata merah, pelakon Syatilla Melvin menyifatkan masalah kesihatan dialaminya sesuatu yang aneh.

Meski sudah mendapatkan rawatan doktor dan keadaannya semakin membaik, Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 33, masih merasakan ada tidak kena mengenai dirinya.

“Saya tahu sakit yang saya alami sangat pelik. Saya periksa kencing tikus, denggi dan virus-virus lain tiada apa-apa, semua okey.

“Doktor kata ada jangkitan sikit dalam darah, tetapi saya rasa ini bukan tak ada apa-apa. Ada yang tidak kena dan sangat pelik.

“Kalau nak cari punca yang betul-betul, mungkin kena buat ujian yang khusus. Saya cuma minta antibiotik daripada doktor.

“Alhamdulillah, hari ketiga saya ambil antibiotik keadaan saya lebih baik,” kongsinya menerusi siaran langsung TikTok.

Dalam pada itu, Syatilla turut berkongsi menceritakan pengalamannya sepanjang berhadapan masalah kesihatan.

“Memang saya lembik tak boleh bangun. Kalau tidak saya tak bersiaran langsung (live) dalam Tiktok selama tiga hari, nak pegang telefon pun tidak berdaya.

“Saya rasa dunia saya macam serabut sangat ketika itu. Selepas itu, saya mula mengalami cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk.

“Sebelum pembuluh darah mata pecah, mata saya penuh dengan tahi mata,” ujarnya.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu percaya pembuluh darah matanya pecah berkemungkinan disebabkan tekanan yang tinggi semasa muntah yang teruk.

“Ya, betul pembuluh darah mata pecah. Hari ini macam okey sikit kalau tidak, mata saya memang kabur.

“Mungkin sebab tekanan bila saya muntah kuat sangat sampai boleh pecah (pembuluh darah mata),” katanya lagi.

Sebelum ini, keluarga Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin diserang sakit dengan mengalami muntah dan cirit-birit selama hampir seminggu tanpa mengetahui punca kesakitan.

Namun, hanya seorang anak mereka yang tidak dijangkiti iaitu Syeriv yang merupakan anak sulung pasangan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI