fbpx

Operasi trafik besar-besaran di KL bermula 4 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi trafik secara besar-besaran menerusi Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya (Op HUU) di seluruh ibu kota, bermula 4 Jun sehingga 15 Jun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, dianggarkan 200 anggota ditugaskan setiap hari terdiri daripada pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis dari jabatan dan daerah Kontinjen Kuala Lumpur.

“Operasi yang akan berlangsung selama 12 hari itu akan dilaksanakan dengan konsep ‘Total Enforcement’.

“Operasi turut merangkumi tujuh kesalahan iaitu halangan lalu lintas, garisan putih, nombor pendaftaran, motosikal, didik, parkir haram, lampu merah serta penggunaan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pengguna jalan raya dinasihati sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan pengguna yang lain termasuk menjaga imej Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat bandar raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Trafik KL di talian 03-20719999 / 03-20719777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI