fbpx

Mayat remaja ditemui selepas 19 jam lemas di Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui lemas semasa mandi di benteng Kada, Kubang Pak Amin di Pasir Mas hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

PASIR MAS – Seorang remaja yang lemas ketika memancing bersama tiga rakannya di Sungai Kelantan dekat benteng Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Kubang Pak Amin di sini ditemui selepas lebih 19 jam tenggelam di dalam sungai.

Mayat mangsa, Lee Jun Xiang, 14, dari Kampung Tendong di sini dijumpai kira-kira pukul 11.30 pagi tadi tidak jauh dari lokasi dia tenggelam ketika berenang untuk ke beting pasir yang timbul di tengah sungai itu.

Bapa saudaranya yang mahu dikenali Lee, 50, berkata, anak saudaranya keluar kira-kira pukul 4 petang semalam ke sungai itu untuk memancing bersama rakan-rakannya.

Menurutnya, Jun Xiang ada memaklumkan kepada kepada neneknya untuk keluar dengan membawa bersama joran.

“Dia membonceng motosikal bersama rakannya. Kami sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan bahawa Jun Xiang lemas di dalam sungai itu semalam.

“Jun Xiang merupakan anak tunggal dan dijaga oleh datuk dan nenek sejak kecil apabila ibu bapanya ketika ini menetap di Johor. Ibu bapa Jun Xiang terus bergegas pulang selepas mengetahui dia lemas semalam,” katanta ketika ditemui pemberita di benteng Kada, Kubang Pak Amin di sini hari ini.

Sementara itu, rakan mangsa, Teng Juu Liang, 13, berkata, dia bersama Jun Xiang dan dua lagi rakannya datang ke sini untuk memancing.

“Dua daripada kami mandi sungai di tempat air cetek, tetapi Jun Xiang ke tengah sungai kerana mahu ke beting pasir yang timbul. Tiba-tiba dia tenggelam dan terkapai-kapai sebelum dibawa arus sungai,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Zuhaidi Husain berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira pukul 11.30 pagi oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan Sungai Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI